Kelas Powerpoint (Asas)

21 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 20 Oktober 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan kelas Powerpoint yang bermula pada jam 9 pagi sehingga 12 tengahhari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 4 orang pelajar daripada sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Ms PowerPoint kepada peserta terutama kepada peserta yang baru mendaftar menjadi ahli pusat internet.

Antara pengisian kelas pada kali ini adalah lebih memfokuskan untuk asas cara penggunaan Ms Powerpoint. Peserta diajar tentang cara mengedit latar belakang slide, meletakkan gambar ke dalam content slide, membuat word art, mengedit shape, memasukkan animation dan transition ke dalam slide, dan akhir sekali memasukkan bunyi ke dalam slide. Pada akhir kelas, peserta diminta membuat slide tentang diri sendiri,antaranya termasuklah biodata dan makanan kegemaran.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali